Pada 31 Oktober 2008 (Jumaat), Jabatan Tanah dan Galian Perlis telah mengadakan jamuan hari raya di Bilik Mesyuarat Jabatan. Jamuan tersebut telah diadakan secara meriah dengan disertai setiap unit di Jabatan.
Beberapa acara turut diadakan. Antaranya ialah gerai paling kreatif dan tercantik yang telah dimenangi oleh Unit Task Force.
Jamuan ini telah berjaya menghimpunkan kesemua kakitangan Jabatan yang telah bekerjasama menghias meja dan kawasan masing-masing dengan pelbagai rupa dan warna. Ini telah membuktikan kemesraan dan semangat muhibbah yang wujud di kalangan kakitangan Jabatan Tanah dan Galian Perlis.
Gambar di sekitar jamuan akan dimuat turun tidak lama lagi. Harap maklum.
|