Jabatan Tanah dan Galian Perlis
CEKAP, CEPAT DAN ADIL
Laman Web Rasmi Jabatan
Laman Berita

Tarikh Akhir Kemaskini
15 September 2008
15 Ramadhan 1429H
 
Profail Jabatan
Perutusan Pengarah
Objektif Jabatan
Unit-Unit
Carta Organisasi
Khidmat Portal
Semak Emel
Tandatangan Buku Tamu
Maklum Balas
Sudut Interaktif
Berita Semasa
  Berita E-State
  Proses Geran
  Baiki Mutu Perkhidmatan
  Sistem Diceroboh
FAQ

Jaringan Kerajaan
2 Tahun Proses Geran


Petikan dari Berita Harian: Khamis; 27 Mac 2008

Perlis bentuk jawatankuasa khas kaji permohonan miliki tanah

KANGAR: Kerajaan negeri menetapkan tempoh dua tahun untuk memproses 10,400 permohonan pengeluaran geran tanah yang tertunggak sehingga ada mencecah 50 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Dr Md Isa Sabu, berkata pihaknya sudah membentuk sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikannya bagi mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah kepada pemohon terbabit.

"Ada antara penduduk asal sudah meninggal dunia selepas membuat permohonan mendapatkan geran tanah 50 tahun lalu dan kini usaha terbabit disambung waris masing-masing.

"Isu tanah begitu sensitif terutama apabila membabitkan pertindihan permohonan. Dengan adanya jawatankuasa khas ini, satu kaedah terbaik bagi menyelesaikan permohonan berkenaan tanpa wujud sebarang perbalahan boleh diambil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan turun padang untuk melihat sendiri status permohonan mereka sebelum melakukan tindakan susulan termasuk membuat sukatan terhadap tanah yang dipohon.

Beliau percaya tunggakan 10,400 permohonan tanah yang kebanyakannya adalah pemohon individu akan selesai dalam tempoh dua tahun.

Md Isa berkata, sebelum ini kaedah memproses permohonan tanah mengambil masa yang panjang sehingga setahun bagi setiap 1,000 permohonan. Jika kaedah lama diteruskan ia akan mengambil tempoh 10 tahun untuk diselesaikan semua tunggakan itu.

"Selain berusaha membantu penduduk memiliki tanah sendiri, kerajaan negeri juga mendapat manfaat hasil cukai yang dipungut daripada pemilik tanah terbabit," katanya.

Beliau berkata, keutamaan bagi pengeluaran geran itu akan diberi kepada status tanah yang tidak bermasalah dan bagi permohonan bertindih, ia akan mengambil masa.

"Tidak dinafikan berlaku sedikit kesukaran bagi menyelesaikan kes tanah yang sama membabitkan dua atau tiga pemohon," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Md Isa berkata, banyak pelabur mula menunjukkan minat untuk melabur di negeri ini tetapi belum membuat permohonan secara rasmi.

Beliau berkata, pihaknya mengutamakan penduduk Perlis yang berjaya dalam bidang ekonomi untuk membantu menarik pelabur ke negeri ini.

atas

 

Tarikh akhir kemaskini : 18 Julai 2008

Kenyataan Penafian:

Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Tanah dan Galian Perlis tidak boleh didakwa atas apa-apa kerugian atau kerosakan berbangkit dari penggunaan apa-apa maklumat daripada laman web ini
 
 
 
Copyright © 2007 Jabatan Tanah dan Galian Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis. Tel : 04-9765501/02/03/04 Fax: 04-9763773