Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan dan disertai oleh kakitangan Jabatan Tanah dan Galian Perlis sepanjang bulan Januari dan Februari 2008. Antaranya adalah seperti:
Majlis Forum Ulul Al-Bab
Pelancaran Prog. Gema Perlis 2008
Program Memasak Bubur Asyura
Forum Perdana Ehwal Islam 2008
Antara program yang telah berjaya menghimpunkan setiap unit di jabatan ialah Program Memasak Bubur Asyura anjuran Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan pada 09 Februari 2008 bertempat di Dataran Jubli Emas, Kompleks Jabatan Agama bersebelahan Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan program ini dengan disertai beberapa jabatan-jabatan kerajaan lain di negeri ini.
Sekitar Program Memasak Bubur Asyura (16 paparan)
Pada 24 Mac 2008 yang lalu, Jabatan Tanah dan Galian Perlis telah memberikan taklimat kepada YB EXCO Tanah iaitu YB. Encik Mat Rawi bin Kassim. Tujuan taklimat ini adalah sebagai pengenalan kepada EXCO Tanah yang baru dilantik berkenaan fungsi dan tugas yang dijalankan disamping mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama YB EXCO dan kakitangan Jabatan Tanah dan Galian Perlis.
Sekitar Program Beramah Mesra Bersama YB EXCO Tanah (3 paparan)
|