PTG
Perlis
telah
mengadakan
aktiviti
gotong
royong
dengan
menanam
pokok
buah-buahan
dan mendirikan
bangsal pada 11 Julai 2008 yang disertai pegawai dan kakitangan jabatan.
Pelbagai jenis pokok telah ditanam seperti pokok manggis, rambutan dan sebagainya. Selepas itu, kakitangan Jabatan telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekeliling sambil bebrapa kakitangan yang lain mendirikan bangsal untuk berehat.
Sebahagian kakitangan juga membawa beberapa hidangan seperti pulut, kuih-muih dan seterusnya bersama-sama menikmati buah durian yang dibawa.
Terima kasih atas kerjasama dan usaha kesemua kakitangan Jabatan Tanah dan Galian Perlis. |