Jabatan Tanah dan Galian Perlis
CEKAP, CEPAT DAN ADIL
Laman Web Rasmi Jabatan
Tarikh Akhir Kemaskini
15 September 2008
15 Ramadhan 1429H
 
Profail Jabatan
Perutusan Pengarah
Objektif Jabatan
Unit-Unit
Carta Organisasi
Khidmat Portal
Semak Emel
Tandatangan Buku Tamu
Maklum Balas
Sudut Interaktif
Berita Semasa
FAQ

Jaringan Kerajaan
Profail Jabatan : Perutusan Pengarah

 

KATA-KATA ALUAN
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERLIS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera
Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Tanah dan Galian Perlis

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri bagi mengurus dan mentadbir semua aspek pentadbiran dan pengurusan tanah berdasarkan peraturan serta peruntukan undang-undang tanah yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selaras dengan tanggungjawab tersebut semua urusan pentadbiran dan pengurusan tanah yang dilaksanakan perlulah selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa. Di antara bidang tugas yang dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut ialah memproses permohonan tanah, mendaftar tanah-tanah milik yang diluluskan, menyimpan dokumen-dokumen hakmilik, menerima dan memproses pendaftaran semua urusniaga berkaitan dengan tanah, memproses permohonan tukar syarat, penyatuan, pemecahan tanah dan mengeluarkan permit penggunaan atau pemindahan tanah. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah juga urusan pungutan cukai dan hasil tanah serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan segala peraturan dan perundangan tanah yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Memandangkan tugas-tugas yang diamanahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Perlis mencakupi skop aktiviti yang agak luas maka laman web yang dibina ini diharap dapat memberi maklumat asas secara ringkas mengenai fungsi-fungsi jabatan ini supaya mudah difahami dan diketahui oleh orang ramai. Melalui penyediaan laman web diharapkan orang ramai akan memperolehi sumber informasi yang tepat dan kemaskini di samping dapat memahami struktur pentadbiran tanah yang ada di negeri Perlis. Selain dari menjadi sumber informasi melalui laman web ini orang ramai akan dapat memahami dasar-dasar pentadbiran tanah yang sedang dikuatkuasakan, kedudukan kadar cukai tanah yang ditetapkan, semua aktiviti-aktiviti dan bidang perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Tanah dan Galian Perlis bagi membantu serta memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan ini.

Pejabat Tanah dan Galian Perlis juga akan sentiasa menerima cadangan-cadangan, idea-idea dan teguran orang ramai bagi memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kualiti pengurusan serta pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian Perlis. Input yang diperolehi dari orang ramai adalah diharapkan akan dapat membantu Pejabat Tanah dan Galian Perlis dalam mengenalpasti tahap perkhidmatan yang diperlukan dan disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan dari semasa ke semasa. Semoga dengan adanya perhubungan dua hala di antara jabatan dengan pelanggan diharapkan tahap kualiti dan produktiviti di kalangan pegawai dan kakitangan akan dapat dipertingkatkan. Adalah menjadi harapan jabatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan dengan penuh iltizam bagi kepuasan orang ramai yang berurusan dengan jabatan ini selaras dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan.

 
*(MOHAMAD DAUD BIN ABDULL HAMID)
Pengarah Tanah dan Galian
Perlis

 

Senarai Pengarah PTGPs

Ketua Pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian di peringkat awal dikenali sebagai Pesuruhjaya Tanah dan Pengarah Tanah dan Galian. Senarai nama Pesuruhjaya Tanah dan Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian adalah seperti berikut :

  • Tuan Syed Idrus bin Syed Alwi (MCS)
  • Dato` Mahmud bin Mat (MCS)
  • Encik Wan Kamaruddin (MCS)
  • Encik Osman bin Talib (MCS)
  • Dato` Musa Mohd Ghazali bin Hj. Ali Wasi (MCS)
  • Encik Jamil bin Rais
  • Yang Mulia Tengku Ngah Muhammad
  • Encik Yusoff bin Haji Ahmad (MCS)
  • Encik Zainol Abidin bin Kesihatan (MCS)
  • Encik Hassan bin Hj. Noh (MCS)
  • Encik Jamaluddin bin Ujan (MCS)
  • Encik Yusof bin Darus (MCS)
  • Encik Abdul Rahman bin Lebai Abas (MCS)
  • Encik Ainol Adnan bin Abdul Rahman (MCS)
  • Encik Ghazali bin Che Mat (State Civil Service)
  • Encik Hashim bin Aziz (State Civil Service)
  • Encik Yusoff bin Abdullah (State Civil Service)
  • Tuan Syed Khalid bin Syed Bahaldin (State Civil Service)
  • Encik Yusuf @ Mohd. Yusuf bin Haji Kamari (MCS)
  • Encik Ismail bin Rejab (MCS)
  • Encik Radzi bin Yusof (PTD)
  • Tuan Hj. Musa bin Hj. Hassan (PTD) 
  • Puan Norida binti Zakaria (PTD)
  • Encik Mohamad Daud bin Abdull Hamid* sehingga sekarang.
kembali ke laman sebelumnya
 
 
 
Kenyataan Penafian:
Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Tanah dan Galian Perlis tidak boleh didakwa atas apa-apa kerugian atau kerosakan berbangkit dari penggunaan apa-apa maklumat daripada laman web ini